Jangan syok sendiri! Dedah nama 115 Ahli Parlimen sokong kamu, Puad cabar Muhyiddin

PETALING JAYA: Puad Zarkashi sekali lagi mencabar Muhyiddin Yassin mendedahkan nama 115 Ahli Parlimen menyokongnya sebagai perdana menteri pasca PRU15.

Pada November tahun lalu ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu pernah melontarkan perkara sama selepas presiden Bersatu mendakwa memiliki cukup majoriti 115 Ahli Parlimen yang menyokongnya untuk dilantik sebagai perdana menteri ke-10.

Kali ini cabaran itu menyusul selepas pengerusi Perikatan Nasional (PN) menegaskan ucapannya ketika PRK Nenggiri berkait pelantikan perdana menteri adalah kenyataan fakta, berikutan dakwaan menyentuh 3R (kaum, agama, dan institusi raja).

Puad berkata, Muhyiddin menegaskan kenyataan dibuatnya di Nenggiri bukan menghina institusi raja Melayu dan hanya menyatakan sesuatu yang bersifat fakta.

Kalau fakta, saya cabar Muhyiddin dedahkan nama 115 Ahli Parlimen yang dia dakwa menyokongnya sebagai PMX. Jangan syok sendiri, katanya di Facebook.

Terdahulu, Muhyiddin berkata tidak bermaksud menghina institusi raja, dan beliau akan beri kerjasama kepada polis untuk menjelaskan fakta berkaitan kenyataannya.

Sebelum ini, tular ucapan Muhyiddin yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah yang murka berkata, kenyataan Muhyiddin itu secara sengaja dan sinis memperlekeh peranan Sultan Abdullah, memanipulasi fakta serta membawa naratif negatif seolah-olah baginda tidak berlaku adil semasa memilih perdana menteri ke-10.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*