{VIDEO} Mandi tasik di Kempas bertukar tragedi, ibu menangis sayu lihat jasad anak lemas diusung keluar

KEGEMBIRAAN sekumpulan remaja bermandi-manda di tasik dekat loji berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Permai, Jalan Denai 12 dekat Kempas, Johor bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas pada Jumaat.

Difahamkan, mayat remaja lelaki berusia 14 tahun itu ditemui pada pukul 7.35 malam Jumaat selepas lebih sejam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kempas, Mohd Yazid Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6 petang daripada orang awam.

“Sebanyak seramai sembilan anggota bomba kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan di tempat kejadian, didapati seorang mangsa lemas dan ditemui pukul 7.35 malam,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, operasi ditamatkan pada 8.10 malam.

Terdahulu, tular di laman media sosial memaparkan mayat mangsa yang lemas ditemui oleh sepasukan anggota bomba.

Turut kedengaran suara seorang wanita dipercayai ibu mangsa menangis sayu melihat jasad anaknya diusung keluar daripada lokasi kejadian.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*