Seleweng dana RM1.5 juta, tiga individu termasuk CEO ditahan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman tiga individu termasuk seorang ketua pegawai eksekutif kumpulan disyaki menyeleweng dana milik sebuah syarikat tersenarai awam, menurut sumber.

Perintah reman selama empat hari sehingga 12 Ogos terhadap dua suspek lelaki dan seorang wanita berusia 40 hingga 50-an itu dikeluarkan selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi semalam.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek bukan sahaja disyaki menyeleweng dana RM1.5 juta milik sebuah syarikat tersenarai awam membabitkan projek pembinaan dan perlombongan bernilai kira-kira RM80 juta tetapi ketiga-tiganya turut dipercayai terlibat dalam menubuhkan sebuah syarikat yang tidak diluluskan oleh ahli lembaga pengarah bagi tujuan menjalankan projek kerjasama yang bernilai kira-kira RM258 juta.

Selain itu, mereka juga disyaki terlibat menyeleweng dana kutipan sewaan hartanah milik syarikat tersebut bernilai kira-kira RM3 juta, katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*