{VIDEO} “Pengakhiran yang dicemburui… Imam sempat pimpin solat Maghrib sebelum rebah ketika sujud solat sunat

PENGAKHIRAN hayat seorang imam di Indonesia jelas dicemburui ramai apabila dia meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat selepas Maghrib pada Ahad minggu lepas.

Menerusi hantaran di Facebook, seorang pengguna, M Sabirin Dabo memuat naik rakaman video yang menunjukkan detik-detik kematian imam berkenaan yang mula tular sejak Khamis.

“Kematian yang didambakan,” katanya.

Difahamkan, Allahyarham baru sahaja selesai menjadi imam solat Maghrib di Masjid Darul Falah Kelurahan Cijoho, Kabupaten Kuningan, Jawa Barat, Indonesia kemudian melakukan solat sunat selepas Maghrib.

Menurut Ahli Jawatankuasa Masjid Darul Falah, Didi Taryadi, ketika sujud terakhir solat sunat berkenaan, Allahyarham secara tiba-tiba terdiam dalam sujudnya sebelum rebah.

“Beliau baru selesai menjadi imam solat Maghrib sehinggalah habis memimpin doa, kemudian Allahyarham melanjutkan dengan solat sunat selepas Maghrib.

“Pada masa sujud di rakaat terakhir, beliau tidak bangun-bangun lagi, hinggalah didapati sudah meninggal dunia,” katanya pada Rabu.

Kejadian kemudian disahkan berlaku pada Ahad, Allahyarham dikenali sebagai Dedi Fauzi yang juga merupakan Imam Masjid Darul Falah Cijoho.

Allahyarham sempat dibawa ke hospital terdekat, bagaimanapun kemudiannya disahkan telah meninggal dunia.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*