Miliki patung gambar kanak-kanak berbogel, alat sulit wanita palsu, suspek culik Albertine berdepan 7 tuduhan

Penganggur yang menculik kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di Iskandar Puteri pada 20 Julai lalu berdepan tujuh pertuduhan di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memiliki bahan lucah kanak-kanak.

Tertuduh, Leang Win Son, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan itu yang dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Azureen Sahira Sauffee Afandi.

Win Son didakwa memiliki bantal panjang bergambar kanak-kanak berbogel, bantal bergambar kanak-kanak berseluar pendek dan alat sulit palsu wanita.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 4 petang di kediaman keluarganya di Kulai, di sini pada 24 Julai lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Fadilah Johanuddin meminta mahkamah menetapkan jaminan RM21,000 bagi semua kesalahan tersebut.

Peguam Nur Zafirah Norizan memohon jaminan minimum kerana tertuduh tidak bekerja dan ditanggung sepenuhnya oleh ibunya yang berpendapatan RM3,000 sebulan.

Mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 bagi kesemua pertuduhan dan tarikh 10 September ini untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, tertuduh turut mengaku tidak bersalah atas lapan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru kerana menculik, mengurung secara salah dan amang seksual selain memiliki bahan lucah.

Dia membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Rasidah Roslee dan Siti Noraida Sulaiman.

Pada 20 Julai lalu, mangsa disedari hilang oleh ahli keluarganya pada pukul 8.30 malam ketika mereka berada di pusat beli belah Eco Galleria, di Iskandar Puteri.

Kanak-kanak itu kemudian ditemukan selamat di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor pada 23 Julai lepas dengan suspek turut ditangkap pada masa dan lokasi sama.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*