Cubaan samun depan stesen minyak gagal, polis tahan 4 lelaki

Polis menangkap empat individu kerana disyaki terbabit dalam cubaan samun di depan sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), Subang Jaya, awal pagi semalam.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan berkata, semua suspek yang merupakan lelaki tempatan itu ditahan menerusi operasi yang dijalankan kira-kira jam 5.30 petang semalam, lapor Sinar Harian.

Katanya, semua suspek itu yang berumur 30 hingga 41 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Khas Jenayah Berat (D9), IPD Subang Jaya.

Empat suspek yang turut memiliki pelbagai rekod jenayah dan dadah itu ditahan di sekitar Klang dan Shah Alam, katanya.

Katanya, polis juga merampas sebuah kereta jenis Nissan Almera dan sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Menurutnya, semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam bagi permohonan reman.

Semalam, FMT melaporkan polis memburu empat lelaki itu selepas menerima laporan daripada mangsa berusia 37 tahun yang bekerja sebagai juruteknik pada 1.37 pagi.

Video kejadian itu juga tular di media sosial yang dirakam kamera papan pemuka kenderaan mangsa.

Rakaman itu memaparkan sebuah kereta dan motosikal menghalang kenderaan mangsa dengan beberapa lelaki menyerang dipercayai menggunakan kayu sebelum mangsa berjaya melarikan diri.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*