{VIDEO} Ramai kata ‘karut’ lihat wanita siram air solat hajat ditayar kereta baru beli

Tidak dinafikan, dapat membeli sebuah kereta baru merupakan pencapaian dalam hidup yang menggembirakan

Mana tidaknya, bukan semua orang mempunyai rezeki lebih untuk membeli kereta yang mahal dan mewah.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman X yang memaparkan seorang wanita merenjis air solat hajat pada tayar kereta barunya.

Dakwa siram tayar kereta guna air solat hajat

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang berada di showroom kereta. Dia diyakini telah membeli kenderaan berwarna biru itu.

Apa yang membuatkan ramai pelik adalah apabila wanita itu menyiram tayar kereta itu dengan air solat hajat. Namun, ramai yang mengatakan perbuatan itu bersifat karut.

Perbuatan merenjis dan membilas kenderaan dengan air Ruqyah adalah dibenarkan

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, perbuatan membilas dan merenjis kenderaan air Ruqyah adalah diharuskan dalam syarak. Ia merupakan satu cara yang untuk melakukan ruqyah seperti yang disebutkan oleh para ulama.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*