Rasuah RM15.3 juta cuci kapal tangki minyak, lima individu direman

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menahan reman lima individu kerana disyaki terlibat kegiatan rasuah bagi mendapatkan kontrak pembersihan kapal tangki minyak berjumlah RM 15.3 juta tiga tahun lalu.

Mereka ditahan terdiri daripada seorang pengurus anak syarikat minyak dan gas, manakala dua lagi merupakan bekas kakitangan syarikat berkenaan selain dua orang kontraktor.

Menurut sumber, kesemua individu lelaki berusia antara 30 hingga 63 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 8 malam semalam selepas hadir memberikan keterangan.

Susulan penahanan itu, Majistret Mahkamah Putrajaya, Irza Zulaikha Rohanuddin telah membenarkan pengurus bersama dua bekas kakitangan syarikat itu direman selama lima hari .

Bagi kedua-dua kontraktor itu pula, mereka direman selama tiga hari bermula hari ini selepas SPRM membuat permohonan tersebut pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kesemua individu disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*