Termakan jerat rakan abang, budak 12 tahun dirogol 13 lelaki. Gara-gara termakan ajakan rakan kenalan abang, seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dirogol beramai-ramai oleh 13 lelaki.
Dilaporkan, mangsa mengikut rakan abangnya dengan alasan mahu membawanya pergi makan roti bersama.
Namun sebaliknya, dia dibawa ke sebuah hotel di daerah Tak Bai, Narathiwat, Thailand pada Mei lalu lalu sebelum diserang secara secara seksual.
Mangsa bagaimanapun berjaya melarikan diri ke wilayah tengah Nonthaburi, bagi mendapatkan bantuan seorang pempengaruh media sosial, Guntouch Pongpaiboonwet (Gun) sambil ditemani kakaknya.
Menurut kakak mangsa berusia 20 tahun, dia menyedari serangan seksual itu apabila melihat kelakuan adiknya yang tertekan, tidak banyak bercakap dan banyak berkurung di dalam bilik.
Justeru, dia memutuskan untuk memeriksa telefon bimbit adiknya dan menemui perbualan perogol terbabit memaksa adiknya untuk merahsiakan kejadian itu.
Menurutnya, kumpulan perogol berkenaan merupakan sebahagian daripada kumpulan pengedaran dadah berpengaruh di wilayah itu.
Malah dia turut mendedahkan bahawa suspek termuda adalah berusia 16 tahun. Antaranya merupakan rakan adik lelakinya, saudara mara dan seorang lelaki buta yang mempunyai isteri serta anak.
Gun mendedahkan beberapa perogol menghubungi kakak mangsa dan memintanya kembali ke Tak Bai untuk menyelesaikan perkara itu tetapi ditolak.
Dia bagaimanapun memberanikan diri dengan membantu gadis-gadis tersebut untuk membuat laporan polis bagi menamatkan kes dengan mudah.
Sebagai peringatan, perbuatan merogol merupakan kesalahan jenayah dan dilarang dalam Islam, maka semua pihak perlu menjauhinya.
Turut baca :
Leave a Reply