SETIAP pasangan pengantin yang baru berkahwin pasti ingin mengabadikan kenangan terindah pada hari bersejarah mereka.
Selain tema perkahwinan, ada yang gemar membuat pengambaran atau merakam gambar di lokasi-lokasi tertentu untuk tampil unik sejajar pemilihan konsep.
Namun tular rakaman video sepasang pengantin yang segak dengan busana berwarna putih hampir dilanggar kereta api ketika sedang membuat photoshoot perkahwinan mereka.
Turut kelihatan seorang lagi individu berlari sambil membawa sebuah beg sandang yang dipercayai mengandungi peralatan pengambaran seperti kamera digital keluar dari rel kereta api yang merintangi sebuah jambatan.
Berdasarkan video sama kedengaran ketiga-tiga mereka beberapa kali dihon pemandu kereta api yang mahu melalui jambatan berkenaan.
Berdasarkan perkongsian yahobrove, kejadian tersebut berlaku di Guillemard Bridge, Tanah Merah di Kelantan yang mana ia sering dijadikan lokasi istimewa untuk pasangan pengantin merakam gambar kenangan.
Tambahan pula, rekaan binaan jambatan kereta api itu kelihatan unik serta sesuai dengan apa sahaja tema perkahwinan.
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya mengecam tindakan pasangan pengantin yang dilihat seolah-olah berlengah menyelamatkan diri kerana masih berjalan meskipun kereta api semakin menghampiri.
Tidak kurang juga yang meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu yang menceroboh kawasan tersebut kerana membahayakan nyawa.
“Lepas kenduri kahwin, boleh buat kenduri tahlil pula.
“Yang perempuan tu macam tak mahu jalan. Pandang-pandang belakang lagi, ke nak tidur di situ.
“Dia tak lari kenapa? Aku pula sakit hati.
“Tangkap sekali jurugambar, dakwa dekat mahkamah,” ujar beberapa warga maya.
Turut baca :
Leave a Reply