‘Taktik licik’ lelaki berkopiah guna kerusi roda sebagai ‘pelaris’ terbongkar. Pelbagai taktik licik digunakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memperdaya orang ramai demi meraih keuntungan segera.
Menerusi satu pendedahan di Facebook, seorang wanita meraih perhatian ramai selepas dia membongkar penipuan seorang peniaga yang berpura-pura cacat demi melariskan jualan.
Dakwa wanita itu dia tidak mengada-adakan cerita kerana ia merupakan pengalamannya sendiri yang turut menjadi mangsa penipuan individu terbabit.
“Minggu lalu seorang brother ni berjualan sambil menggunakan kerusi roda, konon-konon kakinya cacat tak boleh bergerak dekat kawasan taman.
“Saya pun beli la rendang daging dua paket. Dia datang depan rumah… menjerit-jerit tengah panas.
“Saya pun kasihan, OKU kan. Walaupun dalam hati tak nak beli tapi ambil juga la atas niat nak membantu,” katanya memulakan cerita tanpa mendedahkan lokasi.
Menurut wanita itu dia dikenakan caj RM25 yang dianggap mahal namun tetap membeli rendang yang dijual atas dasar simpati.
“Dia gerak (menjual) dari taman ke taman. Kualiti rendangnya hmmm (mengeluh). (Ada) seketul (daging) saiz dua ibu jari untuk satu paket.
“Dua paket dapat la dua ketul kecil. Dah tertipu, rasa kena scam,” ujarnya lagi.
Apa yang lebih mengecewakan, pada suatu hari wanita itu ternampak individu sama namun kali ini dilihat sempurna tanpa perlu menggunakan kerusi roda.
Wanita itu turut berkongsi sebuah video menunjukkan seorang lelaki berkopiah sedang gigih memasukkan kerusi roda ke dalam but kereta.
“Kali ini depan mata tengok orang cacat yang sama tu berdiri siap angkat barang masuk kereta. Sebelum tu elok je dia naik kerusi roda berjualan kedai ke kedai.
“Dah dua kali kena scam. Modus operandi… konon-konon cacat raih simpati untuk orang membeli. Meniaga la elok-elok brother. Rendang tu buat lekat dekat gigi je RM25.
“Kasihan dekat yang betul-betul cacat terpalit sama. Nak untung menjual dengan cara macam ni berkat ke tidak? Tak tahu la. Peringatan untuk diri sendiri,” katanya.
Perkongsian wanita ini turut meraih pelbagai reaksi netizen yang kecewa serta mengecam tindakan lelaki ini menggunakan sentimen OKU untuk berniaga.
“Nak sangat jadi OKU? Semoga termakbul… esok-esok jadi OKU baru tahu langit tu tinggi ke rendah.
“Haram betul. Tahu la rakyat Malaysia ni baik tapi tak payah la buat macam ni. Memburukkan status orang-orang OKU.
“Pernah jumpa orang macam ni. Pernah tegur tapi dia kata tak boleh berdiri lama. Kaki sakit tapi masa dia berjalan tu tak ada tanda-tanda sakit. Sihat je,” komen netizen.
Turut baca :
Leave a Reply