{VIDEO} “45 minit yang mendebarkan… Feri Langkawi bergegar, penumpang ‘berteriak’

“Barang dalam feri semua melambung terma­suk peti sejuk turut bergegar, ketika itu 45 minit yang sangat mendebarkan.”

Kelmarin, seramai 10 penum­pang feri dari Kuala Perlis ke Langkawi berdepan detik cemas apabila melalui perjalanan dalam ombak kuat kira-kira pukul 8 malam.

“Alhamdulillah, saya naik pukul 8 malam dan sampai pukul 8.45 malam. Namun, sepanjang 45 minit perjalanan itu ia sangat mencemaskan kerana feri melam­bung dan barang di dalam feri bergegar termasuk peti ais. Ketika itu ada 10 penum­pang ­termasuk seorang bayi dan seorang orang kelainan upaya (OKU).

“Saya terpaksa redah sahaja sebab hari ini (semalam) harus kembali mengajar. Mula ambil feri dari Kuala Kedah pukul 3.30 petang tetapi dibatalkan jadi saya ke Kuala Perlis, cuma ada trip pukul 8 malam sahaja,” kata Mohd. Hilmi Mahmud, 39 di sini semalam.

Katanya yang juga seorang guru di Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad, Langkawi, ia ­merupakan pengalaman buruk sepanjang berulang-alik dari Alor Setar ke pulau ber­kenaan.

“Saya ada terserempak dengan penumpang feri yang berpatah balik itu, mereka menceritakan keadaan yang sangat huru-hara. Cemas juga tetapi saya banyakkan berdoa,” ujarnya.

Jelas Mahmud, dia terpaksa ‘redah’ keadaan itu untuk kembali mengajar.

Sementara itu, insiden ombak besar itu turut dikongsi Ketua Wanita UMNO Bahagian Langkawi, Hisham Suhaily Othman yang menaiki feri dari Langkawi ke Kuala Kedah pada pukul 12.30 tengah hari, kelmarin.

“Walaupun alun sangat kuat, riuh dengan jeritan penumpang dan ramai yang muntah, tetapi dirinya tetap bertahan dan cuba untuk tidur. Nasib baik kali ni langsung tak loya tetapi plastik hitam standby (siap sedia) lah jugak

“Alhamdulillah, setelah hampir tiga jam, selamat berlabuh dengan tepukan tangan penum­pang-penumpang,” tulisnya dalam hantaran itu.

Kelmarin dilaporkan kira-kira 1,698 penumpang feri Langkawi terkandas setelah Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd. terpaksa membatalkan perjalanan feri ekoran cuaca buruk di laut dengan ombak setinggi ­empat meter.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*