Memalukan! Bendera Sukan Olimpik Paris berkibar terbalik

Sebilangan penonton ‘bermata helang’ menyatakan bahawa mereka melihat kesilapan lucu semasa bendera Sukan Olimpik 2024 dikibarkan pada majlis perasmiannya di Paris, lapor portal berita Daily Express semalam.

Kesilapan itu adalah bendera Olimpik 2024 dikibarkan dalam keadaan terbalik.

Sepatutnya, terdapat tiga bulatan di bahagian atas dan dua di bahagian bawah.

Namun, walaupun angin tidak bertiup untuk memberikan pandangan yang jelas kepada penonton, kibaran bendera penuh menunjukkan bulatan yang terdapat pada bendera tersebut sebenarnya terbalik.

Ia menunjukkan dua bulatan di bahagian atas dan tiga bulatan di bahagian bawah.

Kejadian itu merupakan kesilapan yang memalukan bagi penganjur majlis sukan terbesar dunia itu.

Sukan Olimpik kali ini diadakan buat pertama kali di luar stadium dengan kira-kira 7,000 atlet dibawa menyusuri Sungai Seine, Paris dengan bot

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*