Wanita hilang lepas keluar rumah kembali ke pangkuan keluarga, lokasi ibu ditemui jadi rashia

Di Dungun, seorang wanita yang dikenali sebagai Salina telah ditemui selepas dilaporkan hilang sejak empat hari yang lalu.

Menerusi laporan Sinar Harian, difahamkan wanita tersebut telah mengalami masalah kemurungan. Dia telah mengambil keputusan untuk keluar dari rumah di Felda Kerteh 6, Ketengah Jaya.

Anaknya, Maisarah Zailan yang berusia 29 tahun telah meluahkan rasa syukur kerana ibunya pulang ke pangkuan keluarga.

Kami sekeluarga bersyukur kerana mak saya ditemui dalam keadaan sihat dan selamat.

Kami juga amat berterima kasih kepada semua pihak yang amat prihatin dan berusaha membantu dalam usaha pencarian mak saya.

Namun, anak sulung daripada lima beradik itu merahsiakan lokasi ibunya ditemui, atas beberapa faktor.

Saya minta maaf, sebab atas persetujuan bersama ahli keluarga, kami tidak dapat mendedahkan lokasi mak saya, katanya.

Ahli keluarga Salina sukar untuk mengesan keberadaannya kerana dia tidak menggunakan telefon bimbit dan juga tidak memberitahu kepada sesiapa kemana dia pergi.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*