Baru-baru ini tular satu hantaran di Tiktok, seorang wanita berkongsi masalah yang dihadapi kerana mempunyai jiran yang mementingkan diri.
Dalam video yang dikongsi oleh pengguna Tiktok decembery, wanita itu merakam air yang mengalir membasahi bahagian belakang rumahnya disebabkan oleh sikap jiran yang suka membuang air cucian daripada mesin basuh.
Kalau buang air mesin tak kacau kawasan rumah, saya okay je. Ini korang tengok la sendiri. Depan pintu kot!
Menurut wanita itu, jiran yang menetap di tingkat atas rumahnya merupakan suami isteri. Dia juga sudah menegur pasangan itu sebelum ini tetapi tegurannya tidak diendahkan oleh mereka.
Ingat lagi time raya lepas, aku jerit dari bawah sebab tak tahan dah. Aku sidai baju raya kami sekeluarga, kain telekung. Mereka buang air terus basah semua kain yang aku jemur, katanya di ruangan kapsyen
Nak sidai kain dekat luar pun tak boleh, jiran atas ni tak fikir langsung kain yang kita sidai dekat bawah ni.
Air yang bertakung di kawasan longkang berhampiran pintu rumahnya itu membuatkan wanita tersebut bimbang akan kehadiran nyamuk.
Wanita itu juga berkata, kawasan yang dihuninya itu merupakan flat lama dan tiada badan pengurusan yang bertanggungjawab untuknya menyalurkan aduan.
Tidak mahu memanjangkan pergaduhan, individu tersebut mengambil langkah untuk ‘mengalah’ dengan perbuatan pasangan suami isteri itu, walaupun kecewa dengan sikap mereka.
Turut baca :
Leave a Reply