“Sebaiknya adik tidak diganggu buat masa ini… Siti Norelyana mangsa rempuh balak di lampu isyarat masih ditidurkan

Kota Bharu: Mangsa yang cedera parah selepas dirempuh balak di lampu isyarat dekat Persimpangan Bendahara, Gua Musang pada 9 Julai lalu, sehingga kini masih ditidurkan.

Kakak mangsa, Roslinda Jusoh, 40, berkata keluarga juga dinasihatkan oleh doktor supaya tidak melawat Siti Norelyana, 21, bagi mengelak berlaku jangkitan kuman selain memastikan adiknya berehat dengan baik.

“Susulan nasihat berkenaan, kami sekeluarga sudah beberapa hari tidak bertemu adik sebaliknya hanya melihatnya melalui cermin sahaja setiap kali waktu melawat.

“Ini kerana walaupun status ditidurkan, sekiranya kita memanggil namanya, berlaku tindak balas dan sebaiknya adik tidak diganggu buat masa ini.

“Sehingga kini doktor tidak memaklumkan perkembangan terkini apa yang perlu dilakukan. Prosedur terakhir yang dilakukan pada Sabtu lalu iaitu menebuk perut bagi mengeluarkan air,” katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, walaupun tidak dapat menyentuh adiknya, namun mereka sekeluarga sentiasa melawat walaupun hanya melihat dari jauh.

“Kami sekeluarga tidak putus berdoa supaya keadaan adik pulih seperti biasa dan boleh kembali ke rumah.

“Sudah lebih dua minggu adik dimasukkan ke hospital dan besar harapan kami untuk melihat adik kembali sihat. Setakat ini doktor memaklumkan keadaan adik adalah kritikal namun stabil,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*