{VIDEO} “Isteri dia dah ada pengalaman tu… Suami ‘nervous’ isteri nak bersalin, pakai baju pun terbalik

Suami isteri pastinya mahukan cahaya mata dalam hidup mereka

Dengan kehadiran cahaya mata ini melengkapkan lagi suasana dalam rumah tangga. Tambahan lagi jika ini adalah kelahiran sulung dalam keluarga, tentu si isteri merasa gelisah betul tak?

Malah, suami juga akan turut merasa perkara yang sama. Namun, lain pula dengan video ini apabila seorang suami berkongsi keadaan tenang isterinya walaupun dia akan bersalin kelak.

{VIDEO} "Isteri dia dah ada pengalaman tu... Suami 'nervous' isteri nak bersalin, pakai baju pun terbalik

Suami dah gelisah tapi isteri nampak tenang

Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki berkenaan sedang menunju ke sebuah hospital kerana isterinya sudah mahu bersalin.

Namun, dia sempat merakam momen isterinya yang dilihat sangat tenang berbanding dengan dirinya yang merasa takut sehinggakan baju yang dipakai pun terbalik.

Wanita berkenaan sempat menelefon beberapa orang dan boleh ‘santai’ berjalan walaupun air ketuban sudah pun pecah.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*