Kehadiran Tengku Hassanal di Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 curi tumpuan netizen

Kehadiran Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara hari ini mencuri perhatian netizen.

Rata-rata orang ramai memuji ketampanan Tengku Hassanal yang mengenakan persalinan kuning diraja.

Di samping itu, ada juga bertanya khabar dan prihatin dengan keadaan kesihatan baginda.

“Paling segak dan bergaya dalam ramai-ramai yang hadir,” kata @loveyou

“Sesuai sangat Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah pakai baju kuning diraja lambang hebat negeri Pahang,” kata @stan

“Anak raja paling hemsem segak setakat ini,” kata @Sis_Maz

“Kesian Tengku..semalam dekat padang tengku cakap sakit belakang macam tak cukup rehat pun ada,” kata @emellyia.

Terdahulu, Tengku Hassanal memuat naik satu kenyataan yang memohon orang ramai supaya menghormati keputusan serta privasi peribadi berkaitan perkahwinan baginda kelak.

“No wedding, tak ada kahwin. Jangan kacau saya,” itu kenyataan ringkas dimuat naik oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah pada Instagram baginda.

Beberapa jam selepas itu, baginda memuat naik kenyataan ringkas yang mencadangkan orang ramai berbincang mengenai perkara lain.

“Cakaplah mengenai politik Malaysia, bisnes dan bola sepak. ‘Live, laugh, love’ (hidup, ketawa, sayang),” titah baginda.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*