Crowdstrike: Apa anda perlu tahu

Masalah pada sistem komputer di seluruh dunia menyebabkan 1,400 penerbangan dibatalkan, manakala sektor perbankan, kesihatan dan premis perniagaan turut terjejas.

Firma siber sekuriti Crowdstrike menyatakan, ‘kerosakan’ pada salah satu kemas kini perisiannya telah menjejaskan sistem pengoperasian Windows.

Pembaikan telah dilakukan, kata syarikat berkenaan, tetapi ia akan mengambil masa sebelum sistem komputer kembali pulih dan beroperasi.

Majoriti pusat perubatan termasuk pembedahan di England mengalami masalah, begitu juga di tempat-tempat lain di serata dunia.

Selain penerbangan, pengangkutan awam lain seperti kereta api dan komuter turut terjejas termasuk di Britain.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*