{VIDEO} “Pihak berkuasa digesa bertindak… Lelaki ‘mental’ tumbuk wanita undang kegusaran orang ramai

TINDAKAN seorang lelaki dipercayai mengalami masalah mental menumbuk seorang wanita di sebuah kawasan premis kedai dekat Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selangor pada Ahad lalu mengundang kegusaran orang ramai.

Manakan tidak, melalui video yang dimuat abang ipar mangsa, Amirul Miroy di laman Facebook pada Rabu memaparkan lelaki berkenaan tiba-tiba menumbuk mangsa.

Tambahan pula, kejadian itu didakwa bukan kali pertama berlaku melibatkan orang awam.

“Assalamualaikum kepada penduduk Kampung Nakhoda, mesti ramai kenal atau selalu orang nampak dia kedai makan dengan jalan kaki berseorangan.

“Saya tahu saya tahu dia ada masalah mental, saya mohon ambil tindakkan sebab membahayakan orang awam yang lain.

“Adik ipar saya baru sahaja kena tumbuk di kepala sehingga menyebabkan dia ketakutan dan trauma. Tolong ambil tindakan segera,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata penduduk di sekitar kawasan tersebut meminta pihak polis atau pihak yang terlibat mengambil tindakan dengan kadar segera.

Seorang warga maya, Muhd Irman mendakwa pernah dikasari lelaki yang sama pada tahun lalu.

“Tahun lepas, aku pernah kena dengan dia. Nasib baik sempat elak tapi itulah, dia baling batu pada kereta. Risau dia ‘buat gila’ cederakan orang lain sampai hilang nyawa,” tulisnya.

Sementara itu, Umirul Roslan pula mencadangkan agar lelaki yang mengalami masalah mental berkenaan dihantar ke pusat rawatan mental.

“Ahli keluarga atau mana-mana pihak yang berwajib sepatutnya hantar lelaki tersebut ke tempat khas yang sepatutnya seperti hospital mental. Bahaya untuk orang awam,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*