Tidak cukup menerima amaran ekoran meletakkan kenderaan di sebuah Program Perumahan Rakyat (PPR) Lembang Subang 2, seorang lelaki kecewa apabila cermin sisi keretanya turut dipatahkan.
Menerusi perkongsian seorang pengguna @Jan Sa’ari di laman Facebooknya, kereta Kancil miliknya diparkir di satu lokasi di PPR terbabit disebabkan tempat parkir sudah penuh, malah dia turut menurunkan brek tangan dan melipat cermin sisi bagi memudahkan laluan orang lain.
Difahamkan, si pelaku meninggalkan amaran pertama berbunyi, ‘lain kali jangan parkir dekat sini kalau sayang kereta. Kalau orang lain tak parkir, awak pun janganlah pandai-pandai parkir dekat sini. “Amaran Pertama”.
“Jadi saya orang baharu disitu, malam tadi puas saya mencari parkir dan terpaksa masuk parkir di tepi simpang tiga. ‘Side mirror’ (cermin sisi) saya lipat dan ‘handbrake’ (brek tangan) dah turunkan kalau-kalau saya mengganggu lalu lintas, boleh tolak kereta saya ke depan.
“Sebelum masuk kerja saya nak alihkan kereta tapi parkir masih penuh dan saya terus masuk kerja. Tadi pukul 10 malam, saya turun dengan niat hati nak alih kereta, tengok keadaan kereta dah macam ni,” ujarnya.
Menurut lelaki tersebut, dia baru tinggal di PPR tersebut bersama kakak dan abang ipar selepas kematian ibunya dua minggu lalu, malah kereta itu juga menyimpan banyak memori bersama ibunya yang mana banyak digunakan untuk berulang-alik ke hospital.
Ujarnya, dia kecewa dengan tindakan individu tersebut merosakkan harta bendanya yang mana dia boleh bertimbang rasa dengan cara memaklumkan dalam kumpulan WhatsApp.
“Kalau saya salah mungkin boleh ‘tolerate’ (bertimbang rasa) dengan cara lain, beritahu dalam kumpulan WhatsApp PPR Lembah Subang, dalam tu ada kakak, abang ipar dan jiran kampung saya,” tambahnya.
Turut baca :
Leave a Reply