Jasad mekanik ‘hancur’ disedut enjin Boeing 737

Jasad mekanik ‘hancur’ disedut enjin Boeing 737.  Seorang mekanik maut selepas disedut ke dalam enjin sebuah pesawat di Lapangan Terbang Chabahar Konarak, Iran, lapor laman berita Daily Star semalam.

Kejadian berlaku ketika mangsa cuba mengambil peralatan yang tertinggal selepas kerja-kerja pembaikan dilakukan.

Mangsa dikenal pasti sebagai Abolfazl Amiri. Dia menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan rutin pada pesawat Boeing 737-500 milik syarikat penerbangan dari Iran, Varesh Airline.

Jasad mekanik 'hancur' disedut enjin Boeing 737
SEORANG mekanik disedut ke dalam enjin sebuah pesawat di Iran.

Enjin kanan pesawat dilaporkan dihidupkan semula dengan penutupnya terbuka untuk menjalani ujian.

Ketika itu, Abolfazl bergegas kembali ke pesawat dan melalui kawasan keselamatan untuk mengambil peralatan yang ditinggalkan secara tidak sengaja, lapor akhbar Bild.

Semasa dia kembali ke situ, Abolfazl tidak dapat menahan daya tarikan enjin pesawat tersebut, menyebabkan dia disedut ke dalamnya sebelum ia meletup.

Pasukan bomba lapangan terbang kemudian bertindak balas ke lokasi kejadian dan menemui mayat Abolfazl.

Satu siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa penerbangan Iran bagi menyiasat kejadian itu.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*