Laungan azan yang menggunakan pembesar suara sama di masjid mahupun surau wajar dilakukan secara lantang apabila masuk waktu lima solat fardhu setiap hari, titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Bagaimanapun penggunaan pembesar suara untuk bacaan al-Quran, solat fardhu dan kuliah agama pula perlu terhad dalam kawasan masjid atau surau sahaja.
“Sebagai contoh penggunaan pembesar suara di masjid dan surau yang kadangkala menimbulkan isu kepada penduduk setempat.
“Sebagai negara Islam, laungan azan kita masuk waktu solat adalah wajar dibuat dengan kuat.
“Namun bacaan al-Quran, solat dan kuliah agama haruslah dibuat untuk dalam kawasan masjid itu sahaja,” titah Seri Paduka pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, hari ini.
Baginda juga bertitah, langkah itu untuk menjaga keharmonian, memahami dan bertolak ansur dengan masyarakat berbilang kaum dan agama yang mendiami sesuatu penempatan berdekatan institusi agama itu.
“Suka saya berpesan kepada semua supaya membuka lembaran baharu dengan niat dan azam untuk berubah ke arah minda dan tindakan yang lebih positif.
“Dalam konteks Malaysia, perpaduan kaum dan agama yang kukuh adalah asas penting yang mesti dipelihara.
“Kita harus mengelakkan sebarang bentuk provokasi, fitnah dan hasad dengki yang boleh merosakkan ikatan perpaduan yang telah lama terjalin,” titah Seri Paduka.
Turut baca :
Leave a Reply