{VIDEO} “Macam mana dia boleh langgar? Wanita mengucap panjang lihat motor tiba-tiba ‘sondol’ belakang lori

“Macam mana dia boleh langgar? Wanita mengucap panjang lihat motor tiba-tiba ‘sondol’ belakang lori.  Seorang penungeoranggang motosikal dipercayai cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan melibatkan sebuah lori di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke Sungai Buloh, Selangor pada Jumaat.

Insiden malang itu turut berjaya dirakam kamera papan pemuka (dashcam) kenderaan orang awam di lokasi kejadian.

Berdasarkan maklumat yang tertera dalam rakaman itu, kejadian tersebut berlaku pada pukul 3 petang.

Klip kemalangan berkenaan turut di muat naik di laman X, pada hari yang sama.

“Kemalangan motor dengan lori. Lokasi di Tanjakan maut Kota Damansara,” tulis pentadbir laman X @update11111.

Melalui video berdurasi kurang seminit, penunggang motosikal berkenaan berada di laluan kiri jalan.

Namun secara tiba-tiba, mangsa dilihat seperti hilang kawalan dan merempuh belakang lori berkenaan.

Impak daripada rempuhan tersebut menyebabkan mangsa terpelanting ke tepi jalan.

Turut kedengaran suara seorang wanita, dipercayai penumpang pemilik kenderaan tersebut menjerit terkejut.

“Lailahaillallah (mengucap). Macam mana dia (mangsa) boleh langgar?” jeritnya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*