“Dijamin lulus… Penjawat awam ditahan SPRM, rasuah lulus ujian memandu RM750

Seorang penjawat awam direman enam hari bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah berjumlah RM750 daripada seorang calon ujian memandu.

Majistret Anis Hanini Abdullah membenarkan suspek berusia 42 tahun itu direman bermula hari ini sehingga Khamis depan.

Perintah reman itu bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Difahamkan, tangkapan terhadap lelaki itu dibuat semalam sekitar pukul 6 petang ketika suspek hadir ke pejabat SPRM Perak untuk memberi keterangan.

Menurut sumber, penjawat awam itu ditangkap kerana dipercayai terlibat dalam kes rasuah membabitkan kelulusan ujian lesen memandu di sebuah sekolah memandu di Chemor.

Suspek dipercayai bersubahat dengan seorang guru sekolah memandu dan seorang agen bagi meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM750 daripada calon ujian memandu.

Bayaran itu dikatakan sebagai jaminan untuk memastikan calon tersebut lulus dalam ujian lesen memandu yang didudukinya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Ahmad Sabri Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan penahanan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*