Dua lelaki ‘kebas’ kereta terbabas masuk anak sungai

Dua lelaki cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Jalan Bukit Kemuning, dekat sini, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata kedua-dua mangsa tersepit di dalam kereta yang remuk dan berjaya dikeluarkan.

Katanya, kedua-dua mangsa lelaki yang masing-masing berusia 28 dan 31 tahun hanya cedera pada tangan dan bahu.

Terdahulu, katanya, sepasukan lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam kemudian dikerah ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 4.42 pagi.

“Sebaik anggota tiba di lokasi mendapati, kemalangan membabitkan sebuah kenderaan Proton Wira dinaiki dua mangsa,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, operasi menyelamat selesai pada jam 5.45 pagi dan kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) Klang untuk tindakan lanjut.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*