{VIDEO} “Dia langgar lampu merah, aku hon, dia bengang”- Rider langgar lampu merah ‘naik angin’ kena ‘tegur’

Tindakan seorang penghantar makanan mengamuk apabila ditegur melanggar lampu isyarat merah menerima kecaman ramai.

Melalui sebuah video berdurasi 56 saat yang tular di aplikasi X, penghantar makanan tersebut dirakam memaki hamun seorang pemandu kereta yang dikatakan telah membunyikan hon kepada penunggang motosikal itu kerana tidak mematuhi lampu isyarat.

Pemandu yang juga perakam video berkenaan berkata, penunggang motosikal terbabit kemudian tidak berpuas hati dan bertindak mengekori kenderaannya dan mengarahkan dia untuk berhenti di tepi jalan.

“Dia langgar lampu merah, aku hon, dia bengang,” kata lelaki itu.

Penunggang tersebut turut mencabar lelaki tersebut untuk pergi ke balai polis selain cuba membuka pintu kenderaan pemandu berkenaan.

 

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan penghantar makanan tersebut yang boleh menyebabkan kemalangan.

“Dia kata dia tak langgar kereta lelaki itu, memanglah tapi macam mana kalau dah terlanggar? Nanti gang-gang rider dia salahkan pemandu kereta juga,” kata Nisa.

“Pernah juga tengok kejadian begini di KL. Kes hon saja, rider pusing balik siap maki-maki dan terajang pintu kereta yang bunyikan hon. Kereta pula tak boleh gerak sebab jalan tengah sesak,” kata @Bzmn.

“Orang macam ini nanti dah kena tangkap, kena dakwa barulah nak menyesal buat cerita sedih perlu menanggung anak isteri dekat mahkamah,” kata Shah.

“Alhamdulillah saya baru lagi jadi rider tapi setakat ini memang patuh lampu isyarat sebab dah banyak sangat tengok video rider melambung kena langgar sebab langgar lampu merah,” kongsi Niezam.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 900,000 kali.

 

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*