{VIDEO} ‘Lahir dia sambut, pergi dia hantar’- Warga emas tulis nama arwah anak di kayu nisan undang sebak

‘Lahir dia sambut, pergi dia hantar’- Warga emas tulis nama anak di kayu nisan undang sebak.  Baru-baru ini, tular di TikTok memaparkan seorang warga emas sedang duduk di tepi pusara anaknya sambil menulis nama arwah di atas sebatang kayu nisan.

Menerusi video yang dikongsikan @nealea95, kelihatan warga emas itu menahan sedih selepas selesai menulis nama anaknya dengan menggunakan ‘marker pen’.

Dalam masa yang sama, kelihatan orang ramai sedang mengambus tanah selepas selesai proses pengebumian.

Air mata seorang ayah yang kehilangan anak lelakinya, hancur.

Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang turut menyuarakan kesedihan mereka melihat perkongsian itu.

Menjengah ke ruangan komen, netizen turut menitipkan ucapan takziah buat warga emas itu atas kehilangan anak tercintanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*