Ingatkan potong ayam, rupanya ‘kawan makan kawan’

NGERI, hanya itulah perkataan yang sesuai menggambarkan satu kejadian pembunuhan yang berlaku di Jawa Barat, Indonesia pada Ahad lalu.

Manakan tidak, dalam kejadian yang berlaku di Kampung Bantar Limus dekat Desa Sancang di Garut, seorang lelaki telah membunuh rakannya sendiri.

Lebih sadis lagi, suspek yang hanya dikenali sebagai Erus telah mengerat badan mangsa kepada beberapa bahagian di tepi jalan tanpa rasa bersalah.

Seorang saksi, Nining berkata, dia menyedari kejadian tersebut pada pukul 12.30 tengahari Ahad.

Ingatkan potong ayam, rupanya ‘kawan makan kawan’

“Saya ingatkan suspek sedang memotong ayam. Namun, bila saya datang dengan lebih dekat rupanya tubuh manusia yang telah dikerat beberapa bahagian.

“Saya tak kenal suspek, bukan orang kampung sini,” katanya pada Isnin.

Tambah suspek lagi, keratan badan itu juga ditutup dengan menggunakan daun pisang.

Ketua Polis Garut, Ari Rinaldo mengesahkan kejadian tersebut dan suspek telah pun direman.

Sementara itu, memetik laporan media antarabangsa, detikjabar (Klik untuk tonton) pada Selasa melaporkan suspek yang berusia 23 tahun turut bertindak memakan daging mangsa.

Perkara itu disahkan melalui video tular yang memaparkan Erus dilihat mengunyah sesuatu dipercayai daging di samping mayat mangsa.

Jelas Ari Rinaldo, dalam video tersebut, suspek memang kelihatan sedang makan sesuatu.

“Kami masih menyiasat kes tersebut. Berdasarkan hasil autopsi mayat, mangsa dikerat kepada 12 bahagian.

“Di lokasi, kami menemui dua potongan tubuh, iaitu badan dan kepala sampai pinggang. Bahagian yang lain ada dalam guni,” ujarnya pada Selasa.

Kejadian pembunuhan ngeri ini juga turut menjadi bualan dalam kalangan warga maya di Malaysia selepas video Erus tersenyum ketika memegang mayat rakannya itu kini tular sejak Selasa

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*