{VIDEO} “Entah jumpa lagi atau tak… Air mata jadi saksi kesedihan Mat Nigeria terpaksa tinggalkan Kelate buat ramai sebak

Air mata menjadi saksi kesedihan seorang remaja lelaki yang mesra disapa Muhammad atau Mat Nigeria apabila terpaksa meninggalkan kawan-kawan di Malaysia selepas tiga tahun menetap di sini.

Menerusi perkongsian video di laman TikTok @goleng120, Mat Nigeria tidak dapat menyembunyikan kesedihan di hatinya apabila mengalirkan air mata tatkala bersalaman buat kali terakhir bersama kawan-kawan sebelum ‘terbang’ ke Nigeria.

“Air mata bukti cinta Mat pada kawan-kawan dan bumi Malaysia dan Kelate. Semoga jumpa lagi.

“Mat Nigeria terpaksa pulang ke negara asal selepas ayah dia telah tamat kontrak perkhidmatan di sini (Kelantan),” jelas hantaran tersebut.

Difahamkan, dalam perkongsian yang berlainan, Mat Nigeria yang kini berusia 14 tahun, berazam untuk kembali semula ke Malaysia tiga tahun akan datang, untuk menyambung pengajian tinggi di sini.

“Lepas tiga tahun, aku mari semula ‘buat universiti’ (masuk universiti) di sini. Nanti boleh lagi ‘kecek kelate’, berbual, praktis dengan kawan-kawan dekat sini,” ujar Mat Nigeria.

Meninjau ke ruang komen, rata-rata pengguna turut meluahkan rasa sedih apabila terpaksa melihat remaja lelaki tersebut berpisah dengan kawan sepermainannya.

“Orang lain berpisah, masih ada harapan berjumpa lagi. Tapi perpisahan mereka terpisah oleh benua, entah jumpa lagi atau tak. Moga Allah pelihara persahabatan mereka,” komen seorang pengguna.

“Percayalah cakap saya yang Mat akan datang balik satu hari nanti dan masa tu semua dah ada kehidupan masing-masing,” ujar Zadira.

“Buat makcik menangis saja lah adik-adik ni. Sebak tengok video Mat dengan kawan-kawan, air mata Mat, air mata yang paling ikhlas pada kawan-kawan dia, kita ni pun dah banjir apa lagi Mat,” kata Kak Na.

Sebelum ini Mohammad atau Mat Nigeria tular di media sosial setelah dirinya petah bercakap dalam dialek Kelantan walaupun baru tiga tahun tinggal di sini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*