{VIDEO} “Fuh, mahal ubat ko ni dik… Dapat rasa durian terus berhenti menangis

Seorang bayi lapan bulan yang serta-merta berhenti menangis sejurus disuapkan durian oleh bapanya mencuri perhatian ramai.

Terdahulu menerusi perkongsian video di laman TikTok milik akaun @Owenuzair289, lelaki tersebut dilihat sedang berusaha memujuk anaknya itu.

Di ruangan komen, bapa kanak-kanak itu tampil menjelaskan bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai bahawa anaknya itu hanya diberikan sedikit durian sahaja sekadar merasa.

“Fuh, mahal ubat ko ni dik!

“Anak aku setakat hisap saja durian tu tak sampai seulas pun. Alhamdulillah, tidak demam tak ada panas,” katanya menerusi ruangan video berkenaan.

Tinjauan di ruangan komen video tersebut mendapati orang ramai terhibur dengan gelagat bayi berkenaan yang kelihatan seolah-olah gemarkan raja buah tersebut.

 

“Jangan diajar musang king bang, D24 je dah,” kata pemilik akaun Ali Azhar Mohd Rosli.

“Makan saja dik. Biar bapak cari duit banyak-banyak,” ujar pemilik akaun Fiza Harun.

“Arwah nenek aku dulu suka tengok budak makan durian sampai nangis. Ada video tu dulu, akhirnya dapat cicit pertama pun mengamuk juga nak makan durian aku tak kasi. Arwah nenek aku cakap, bagi la dia sikit,” kata pengguna akaun KakyaCeleh.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*