{VIDEO} Percutian bertukar tragedi! Bas persiaran terbalik ketika turun dari Genting Highlands, 2 maut

SEBUAH bas persiaran yang membawa 21 orang terbalik ketika turun dari Genting Highlands, Pahang pada pagi Sabtu, mengakibatkan dua maut.

Kemalangan yang berlaku pada pukul 11 pagi itu disahkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Bentong.

Pasukan bomba menjalankan operasi menyelamat di lokasi kejadian.

Dalam kejadian di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands, Bentong, mangsa yang maut merupakan dua penumpang lelaki dipercayai warga China.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Datuk Dr Wan Mohamad Zaidi Wan Isa berkata, kedua-dua mangsa itu mengalami kecederaan di kepala.

{VIDEO} Percutian bertukar tragedi! Bas persiaran terbalik ketika turun dari Genting Highlands, 2 maut {VIDEO} Percutian bertukar tragedi! Bas persiaran terbalik ketika turun dari Genting Highlands, 2 maut {VIDEO} Percutian bertukar tragedi! Bas persiaran terbalik ketika turun dari Genting Highlands, 2 maut

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong, Pahang,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, 21 penumpang termasuk pemandu terdiri daripada tiga warga tempatan, manakala yang lain warga China iaitu tujuh wanita dan 11 lelaki.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*