Baru-baru ini, Nasi Kandar Sulaiman (NKS) berkongsi gambar seorang pempengaruh popular dari Singapura membeli nasi kandar di restoran mereka yang berharga RM300
Menerusi hantaran di laman Facebook, TikToker yang dikenali sebagai Zermatt Neo itu dihidang satu talam nasi kandar dengan pelbagai jenis lauk. Difahamkan, jumlah tersebut merupakan harga makanan paling tinggi dalam sejarah restoran NKS.
“All time biggest ever record. Seorang makan. Orang Singapore. Dia memang seorang influencer tiktok buat video makan banyak-banyak. Siap bawa talam lagi. Nama TikTok dia Zermatt Neo. Kali ini dia mai NKS makan nasi kandaq sampai RM300. Rekod paling tinggi dalam sejarah NKS.
“Note: kami tak panggil dia, dia sendiri yang mai makan,” katanya.
Persoalannya, habis ke tak dia makan tu?
Turut baca :
Leave a Reply