{VIDEO} “Sumpah best pak cik ni, saya bagi 5 star… Wanita enggan kahwin ‘teruja’ dengar nasihat Pak cik Grab

Setiap orang pasti mahukan pasangan yang boleh melengkapi hidup mereka

Sudah tentu untuk mendapatkan jodoh yang baik kita perlu berusaha dan berdoa agar dikurniakan seperti apa yang kita mahukan.

Namun, ada sesetengah individu hari ini memilih untuk tidak mahu berkahwin atas pelbagai alasan.

Perkara itu sama seperti video perkongsian seorang wanita di TikTok apabila dia diberi nasihat oleh seorang pak cik Grab mengenai kemahuannya itu.

Pak cik Grab beri nasihat

Menerusi video tersebut, pada ketika itu, wanita tersebut sedang berada di dalam Grab untuk menuju ke sebuah lokasi.

Mereka kemudian bersembang sehingga ke topik mengenai perkahwinan. Difahamkan, wanita itu memberitahu dia tidak mahu berkahwin atas alasan tertentu.

Pak cik Grab berkenaan kemudian mula menasihatkannya dan memberitahunya agar jangan mengalah dalam mencari pasangan.

“Nasib baik jarak rumah dengan cinema tak lebih 15 minit, dari cerita pasal kahwin sampai ke kerajaan dia cerita. Tapi sumpah pak cik ni sedikit sebanyak bagi kita motivate. Semoga pak cik ni dimurahkan rezeki selalu.

“Last sebelum turun saya suruh doakan semoga saya dapat jodoh yang baik-baik. @GrabMY pak cik ni sumpah best saya bagi rate 5 star,” tulisnya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*