{VIDEO} “Motosikal ditunggang bersama isteri hangus terbakar… Rider kecewa tiada pemadam api, dakwa tidak dibantu RELA di CIQ

SEORANG pengguna akaun Facebook, Mohd Fuad menyuarakan kekecewaannya terhadap tahap keselamatan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, Johor selepas motosikal ditunggang bersama isterinya terbakar pada Ahad lalu.

Dalam satu video tular, kenderaan yang difahamkan miliknya kelihatan dijilat api, namun penunggang tersebut tidak kelihatan berhampiran motosikal berkenaan.

Insiden itu menimbulkan persoalan mengenai tahap kecekapan petugas dan prosedur keselamatan di bangunan berkenaan yang tidak memiliki alat pemadam api berfungsi.

Berdasarkan perkongsian daripada isteri mangsa, Khasidah Abdullah di ruangan komen, dia menceritakan tiada kecelakaan berlaku, namun tahap keselamatan di CIQ perlu ditambah baik.

“Apa yang kami risaukan adalah untuk memadamkan api dengan segera dan tidak mencederakan penunggang yang lain kerana anggota RELA di lokasi pun tidak tahu pemadam api yang terdekat.

“Sesalur air berdekatan pun suami saya tidak dibenarkan untuk pecahkan kerana tiada kunci tersedia. Jadi, apabila ada seorang penunggang lokal datang untuk bantu, dia cakap pecahkan sahaja dahulu.

“Anggota bomba yang datang selepas api sudah dipadamkan pun tanya apa yang anggota RELA lakakun dan tanya mengapakah tiada pemadam api berdekatan? Yang penting, saya bersyukur dan semoga perkara sebegini tidak berlaku pada anda yang lain,” dakwanya.

Kejadian difahamkan berlaku pada waktu tengah hari dengan petugas di CIQ difahamkan tidak bersedia untuk memberikan bantuan kecemasan terhadap orang ramai.

Jadi, masalah berkenaan sudah tentu menjadi bahan bualan pengguna yang sering melalui sempadan negara itu sama ada untuk masuk atau ke luar negara.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*