Lelaki menangis terkandas bersama jenazah bapa mentua di tepi jalan di Kota Belud

KOTA KINABALU – Seorang lelaki yang dalam perjalanan dari Sandakan ke Bongawan, Papar, pilu selepas terkandas bersama jenazah bapa mentuanya di jalan simpang Kota Belud pada Ahad akibat kenderaan mereka rosak.

Kejadian itu dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook Mohd Ariff Ahmad menerusi hantarannya dua jam lalu.

Malah, pemilik akaun tersebut juga telah membuat video secara langsung selama lebih 40 minit mengenai keadaannya yang sedang terkandas bersama jenazah bapa mentuanya.

Menurut perkongsiannya, lelaki tersebut mahu membawa bapa mentuanya menetap di kampung tetapi telah meninggal dunia dalam perjalanan dan mereka terkandas akibat kenderaan yang dipandunya rosak.

“Al-fatihah untuk bapa mentua…baru mahu bawa di kampung bersama kami, rupanya meninggalkan kami semua.

“(Kami) dari Sandakan dalam perjalanan pulang ke Bongawan, pam brek bocor terkandas beberapa jam sini. Kami berdua saja sekarang membuatkan air mata mengalir,” tulisnya.

Dia juga berharap ada van jenazah yang lalu untuk membawa jenazah bapa mentuanya ketika ini.

“Andai kata ada van jenazah untuk bawa ke Bongawan, terima kasih tetapi itulah tiada kedengaran (maklumat) dari Tamparuli ke simpang Kota Belud.

“Kami berada di sebelum simpang Kota Belud, kalau dari Kundasang selepas simpang Kota Belud,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*