Pemegang kunci Kaabah meninggal dunia

MEKAH – Sheikh Saleh Al Shaiba meninggal dunia pagi tadi, lapor laman berita Islamic Information.

Beliau merupakan penjaga dan pemegang kunci Kaabah ke-109 selepas sahabat Nabi, Uthman ibn Talha.

Tugas menjaga Kaabah menjadi tanggungjawab keluarga Sheikh Saleh Al Shaiba untuk tempoh waktu yang lama.

Tanggungjawab tersebut bermula selepas Nabi Muhammad menakluki kota suci Mekah.

Baginda bersabda, keluarga Al Shaiba perlu melakukan tugas penting tersebut dan mereka melaksanakannya sejak dari itu.

Solat jenazah Sheikh Saleh Al Shaiba diadakan di Masjidil Haram. Selepas solat jenazah selesai, beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Mualla.

Susulan tradisi turun-temurun, orang seterusnya yang akan menjadi pemegang kunci Kaabah juga dipilih daripada keluarga Al Shaiba.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*