Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor memberi bayangan akan ada perubahan besar yang berlaku.
Baginda berkongsikan perkara ini menerusi satu komen yang ditinggalkan pada laman Johor Southern Tigers baru-baru ini.
DYAM Tunku Mahkota Ismail memaklumkan bahawa pihak kelab akan melaksanakan perubahan dalam skala besar tidak lama lagi.
Hal ini merangkumi beberapa aspek penting yang melibatkan pasukan selatan tanah air itu dalam tempoh dua bulan ini.
“Selamat malam keluarga JDT. Banyak pembaharuan setiap aspek akan dilaksanakan dalam tempoh dua bulan ini,” ujar DYAM Tunku Mahkota Ismail.
Komen tersebut menerima sambutan hangat daripada penyokong setia pasukan untuk terus melihat kemajuan pada masa akan datang.
JDT kini cemerlang dengan rekod 100 peratus kemenangan dalam semua kejohanan musim ini termasuklah melangkah ke peringkat suku akhir Piala FA 2024.
Harimau Selatan pada musim ini diperkuat dengan kehadiran beberapa tonggak baharu sekaligus bakal merancakkan lagi perjalanan pasukan menjelang saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).
Turut baca :
Leave a Reply