“Cukup pantang aku ‘makan’ sisa orang… Lelaki kongsi cerita bekas GF zaman sekolah kembali tagih cinta

SETIAP insan mempunyai kisah silam yang tersendiri.

Ada yang membawa senyuman pada wajah dan ada juga yang hanya mengembalikan duka.

Melalui satu hantaran di laman X, seorang lelaki mendedahkan cinta zaman persekolahannya yang masih belum dinoktahkan dan terus-menerus merunsingkan fikiran sehingga ke hari ini.

Menurut lelaki itu, bekas kekasihnya kembali mencari cintanya selepas rumah tangga yang dibina wanita berkenaan berantakan.

“Ini bukan rekaan, kita imbas semula ke awal cerita. Bekas kekasih aku daripada zaman sekolah tinggalkan aku untuk seorang lelaki yang macho atau bad boy. Aku boleh dikatakan terkebelakang.

“Sekarang dia yang sudah jadi mak kepada tiga orang anak datang cari aku semula. Kalau ikut khabarnya, dikatakan dalam proses bercerai dengan suami. Bekas kekasih aku ni pula minta untuk diberikan peluang kedua.

“Katanya masih ada hati dekat aku, siap chat dengan ayat-ayat menggoda, Maaflah aku tak akan terima, aku bukan lagi lelaki baik yang kau kenal waktu sekolah dulu. Aku bukan juga dah jadi jahat, cuma aku tahu harga diri.

“Aku tak nak keluarkan duit sesen pun untuk sara anak-beranak kau. Tambahan lagi, kau pun sekarang tak lawa mana dah, cukup pantang aku nak ‘makan’ sisa orang,” kata lelaki itu teguh pendiriannya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya turut menyokong tindakan lelaki itu untuk tidak mengambil semula bekas kekasihnya.

“Terbaik brother, jangan sesekali kembali kepada mereka yang tak menghargai kita. Kita ni hanya pilihan kedua, apabila hubungan dengan orang yang dia suka tu gagal baru kita dicari.

“Hati-hati bro, itu permainan dia je supaya ada lelaki boleh jadi pak sanggup untuk tanggung anak-anak. Waktu kita tengah susah dia menghilang, waktu kita dah senang dia datang semula.

“Awek kau mesti jenis budak-budak rempit, biasanya mereka yang buat perangai macam ni. Apabila kita tengah suka, dia pandang sebelah mata je, biarkan kita terhegeh-hegeh.

“Apabila kita dah move on, baru nak terkial-kial kejar balik,” kata sebahagian warga maya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*