Kecoh lembu berlari Lebuh Raya Damansara-Puchong

Dua ekor lembu yang terlepas dirakam berlari Lebuh Raya Damansara-Puchong semalam, menjelang sambutan Aidiladha

Video haiwan terbabit berlari di Kelana Jaya ke arah Puchong tular di alam maya. Keberadaan lembu di atas jalan juga menyebabkan kesesakan kecil.

Turut dipaparkan dua lelaki menaiki motosikal cuba mengekang lembu-lembu itu.

Satu video di Facebook memaparkan lembu-lembu terbabit melintas pembahagi jalan tetapi seekor berlanggar dengan sebuah Perodua Myvi.

Tidak jelas keadaan pemandu kenderaan terbabit dalam video tersebut, manakala si lembu dapat bangun semula lalu kembali ke sisi kawannya.

Ketua Polis Petaling Jaya, Shahrulnizam Jaa’far @ Ismail, berkata polis maklum akan kejadian itu namun tiada laporan dibuat setakat ini.

“Saya juga sedang semak dari mana lembu-lembu ini datang. Adakah lari semasa dalam proses dikurung untuk korban atau lari dari pemilik,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*