NEGARA semakin maju, namun mentaliti segelintir rakyat kita masih berada di takuk lama.
Sepertinya masih ada dalam kalangan kita yang mempunyai sikap dan tabiat buruk tatkala menggunakan kemudahan atau fasiliti percuma di tempat awam.
Begitulah diadukan seorang lelaki menggunakan akaun Facebook dengan nama Si Abang Long yang ‘sakit mata’ apabila menyaksikan sikap pelanggan di sebuah pasar raya besar yang tidak menyimpan troli di tempat sepatutnya.
“Kisahnya datang pasar raya dan nak masuk ruangan parkir kereta, kebetulan nampak satu pasangan baru siap isi barang daripada troli ke dalam kereta.
“Pada awalnya jelas terpapar niat pasangan itu nak tinggal troli di ruangan parkir kosong, tapi apabila tengok saya nak masuk (parkir) mereka gelabah tak tahu nak letak troli tu di mana.
“Saya beritahu kepada isteri, mesti mereka akan tolak ke tepi macam tu je. Sangkaan saya betul kerana mereka tolak troli itu ke petak parkir sebelah yang ada kereta,” ceritanya mengimbas semula situasi berkenaan.
Berdasarkan sekeping foto yang dikongsikan individu itu, kelihatan troli yang dimaksudkan berada dalam petak parkir di hadapan kereta Perodua Myvi berwarna putih.
Menurut Abang Long, tindakan tidak bertanggungjawab ini bakal menyusahkan banyak pengguna lain yang akan menggunakan parkir berkenaan.
“Bayangkan petak parking itu kosong selepas ini dan ada kereta yang lebih panjang daripada Myvi nak masuk, mesti tuan kereta terpaksa alihkan troli tersebut baru dia boleh masuk petak itu.
“Ini sikap segelintir orang kita yang hanya pentingkan diri sendiri. Guna pandai tapi nak simpan troli tak pandai. Dah malas nak simpan letak merata pula.
“Pihak pasar raya sudah sediakan tempat simpan troli di ruangan parking kereta, kalau larat tolak troli berisi barang, takkan jadi lemah tenaga nak tolak troli kosong. Hidup ni jangan fikir kita je nak senang… orang lain susah tak apa,” katanya lagi.
Hantaran berbentuk teguran dan nasihat itu meraih perhatian netizen.
Rata-rata warga maya turut kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang tidak cakna tentang konsep guna sama kemudahan awam.
“Kalau jenis macam ni memang tak fikir orang dah. Tapi apabila dia kena, tahu pula bising.
“Selalu tengok kejadian ni. Paling menyampah nak masuk parkir tengok-tengok troli sudah parkir dulu. Saya geram tau,” ujar netizen.
Ujar beberapa netizen lagi, mereka akan memulangkan semua troli ke tempat yang sepatutnya bagi menyenangkan urusan orang lain.
“Saya antara orang akan hantar troli pulang ke tempat asalnya. Alasannya kita mudahkan orang, Allah permudahkan urusan kita.
“Kebiasaannya akan letak troli di tempatnya atau sekurang-kurangnya letak dekat tempat tak halang kereta atau orang,” komen netizen.
Turut baca :
- “Awak memang kental dan rare… Gadis cantik balik Kelantan naik motosikal undang perhatian ramai
- {VIDEO} “Kau tau aku siapa? Dakwa diri orang DBKL, lelaki ‘tibai’, ludah warga emas sebab enggan bagi RM 5
- {VIDEO} “Tak payah ‘semak’ laa… Wanita ‘naik angin’, tengking pihak berkuasa mahu bantu isu sewa tertunggak
Leave a Reply