“Seakan panas tak sampai ke petang… Ustaz Don ‘direhatkan terus’ dari Salam Baitullah.
Baru muncul semula selepas direhatkan untuk seketika, pembabitan Don Daniyal Don Biyajid dalam program Salam Baitullah nampaknya berakhir selepas dia sekali lagi mencetuskan kontroversi malam tadi.
Tindakan ke atas pendakwah selebriti itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Suhaimi Sulaiman.
Malah Suhaimi memberi bayangan kekecewaannya ekoran kontroversi tersebut.
“Bila dah bagi peluang, dah consult authority dan ahli agama, dah remind apa yg boleh cakap dan apa yg tak boleh, kenalah pandai anticipate response from viewers.
“Wisdom kena ada, kawalan diri kena mantap.
“Don’t play victim. So sorry have to rest you. Maaf semua, hang in there team,” ciap Suhaimi di platform X petang ini.
Sementara itu ketika dihubungi Malaysiakini, Suhaimi berkata Don Daniyal sepatutnya mengikut setiap garis panduan yang diberikan.
“Apa yang kami dah beritahu untuk dibuat dan tidak dibuat.
“Kami dah beri peluang, dan berunding dengan pihak agamawan tapi dia tak ikut.
“Kita tak terima dia untuk on air (bersiaran) lagi. Untuk baki episod Salam Baitullah akan datang dia takkan ada dah,” katanya.
Sebelum ini Don Daniyal mengundang kontroversi apabila dia membuat dakwaan bahawa Nabi Muhammad SAW melamar – dan ditolak – seorang wanita , Ummu Hani.
Ada ramai peminat
Kontroversi itu menyaksikan dia direhatkan seketika oleh RTM daripada terlibat dalam program Salam Baitullah.
Malam tadi dia membuat kemunculan semula namun sekali lagi menuai kecaman apabila membuat dakwaan yang diragui mengenai kelebihan memandang ulama.
Dakwaan Don Daniyal itu ditegur oleh Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Rozaimi Ramle, dan Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd Hapiz Mahaiyadin kerana bersumberkan hadis palsu.
Menurut Rozaimi, RTM khususnya Suhaimi tidak patut terburu-buru mengembalikan Don Daniyal daripada berehat.
“Saya ucapkan tahniah kepada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, kerana komited bertindak sehingga keputusan merehatkan terus Don Daniyal dari program Salam Baitullah dikeluarkan.
“Ketua Pengarah Penyiaran pula jangan cepat berubah dalam membuat keputusan.
“Sepatutnya, dia harus menilai dulu impak Don Daniyal kepada masyarakat,” katanya kepada Malaysiakini.
Rozaimi, yang juga ahli Jawatankuasa Fatwa Perlis meminta RTM memberikan penjelasan akademik kepada masyarakat mengenai kesilapan dilakukan Don Daniyal malam tadi.
“Hal ini kerana kita bimbang jika ramai masyarakat sudah terpengaruh dengan dengan riwayat tiada asal yang disebarkan oleh Don Daniyal,” katanya.
Mohd Hapiz pula menasihati Don Daniyal agar berpegang kepada disiplin hadis dan fiqh sebelum membicarakan ilmu berkenaan.
“Don Daniyal ada kelebihan berceramah dan ramai peminat berbanding agamawan lain apatah lagi saya.
“Jangan sampai perkara benar yang dia sampaikan ditolak terus hanya sikapnya yang suka menyebarkan perkara tidak pasti kebenarannya,” katanya.
Turut baca :
- “Sumpah sakit hati, bayi pun mereka pukul, tak ada hati langsung… Pelajar ‘intern’ tengok depan mata ‘kerja gila’ staf pusat asuhan
- {VIDEO} Polis buru lelaki pegang objek menyerupai pistol di Kuala Terengganu
- “Allah makbulkan doa kami’ – Datuk Zayn lahir rasa syukur, disatukan semula selepas hampir dua minggu dipisahkan
Leave a Reply