“Sumpah sakit hati, bayi pun mereka pukul, tak ada hati langsung… Pelajar ‘intern’ tengok depan mata ‘kerja gila’ staf pusat asuhan

SEORANG individu membuat pendedahan mengejutkan di platform X apabila mendakwa dia menjadi saksi beberapa kes dera di sebuah tadika.

Tidak mendedahkan identitinya, individu itu berkata siri kejadian itu disaksikannya ketika dia bergelar pelajar latihan industri di tadika berkenaan.

“Saya baru habis intern dekat satu tempat ni, mereka (tadika) kata boleh jaga daripada bayi sampai anak-kanak berkeperluan khas.

“Tapi luluh hati saya apabila dah tengok macam mana staf jaga anak orang. Anak-anak istimewa tu… sumpah saya kesian, staf tu boleh jerit, pukul, malah sepak mereka.

“Saya sampai gaduh banyak kali dengan staf dekat sana sebab marah… budak tu tak buat apa-apa pun tapi mereka pukul,” dakwa pengadu.

Lebih menyakitkan hati, dia mendakwa bayi juga dilayan dengan cara yang kasar, namun tidak berani untuk mendedahkan lokasi dan nama tadika berkenaan.

Dalam hantaran sama, pengadu turut memberi nasihat kepada ibu bapa agar membuat semakan terperinci sebelum menghantar anak ke mana-mana tadika atau pusat jagaan.

“Sedikit nasihat kepada mereka yang nak hantar anak pergi ke pusat jagaan atau tadika, tolong buat kajian dulu tadika tu macam mana.

“Sumpah sakit hati bayi pun mereka pukul, tak ada hati langsung. Saya takut nak cakap nama tadika tu tapi nasihat untuk semua ibu bapa kalau nak hantar mana-mana tolonglah buat kajian dulu.

“Walaupun ia popular tak semestinya jaga dengan baik. Sebaiknya pilih tadika yang bagi ibu bapa tengok keadaan dalam tadika,” pesannya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menggesa pengadu mendedahkan nama tadika berkenaan, malah ramai yang turut memintanya untuk membuat laporan polis.

“Kamu ada tanggungjawab untuk laporkan pemilik tadika yang kejam serta guru-gurunya. Sila lapor dan biar polis serbu.

“Saya lagi marah kau tak mahu cakap tadika mana. Sekurang-kurangnya pergilah buat laporan polis.

“Tolong lapor polis. Kesian budak kat situ hari-hari kena macam tu,” tulis beberapa netizen.

Menurut netizen lagi, pengadu dianggap bersubahat dan tidak bertanggungjawab sekiranya dia tidak membawa perkara itu kepada pihak berkuasa.

“Kalau awak diam je sampai bila-bila, bermaksud awak pun bersubahat.

“Anon kau pun sama bangnag. Jadi kau nak bersekongkol ke?

“Kenapa masih takut? Bantulah budak tu. Dedahkan nama tadika. Tak perlu fikir tutup periuk nasi. Jangan sokong penderaan,” tulis netizen.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*