{VIDEO} “Satu lagi kes referee kena tibai… Gara-gara lawan dapat penalti, pemain tampar muka pengadil lepas kena kad kuning

GARA-GARA tidak berpuas hati dengan keputusan yang diberikan, seorang pemain bola sepak amatur bertindak menampar muka pengadil perlawanan dalam satu kejohanan liga sosial di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Selasa.

Tular di media sosial, pemain yang mewakili UKAY Positive FC itu tidak berpuas hati selepas pengadil memberikan keputusan sepakan penalti selepas pihak lawan dijatuhkan olehnya.

Berdasarkan video berdurasi lebih satu minit itu, pemain terlibat berang dengan keputusan pengadil dan menampar muka individu itu sebelum dilayangkan kad kuning.

Pemain yang dilayangkan kad kuning itu terus dibawa keluar oleh rakan sepasukan supaya tidak menimbulkan kekecohan yang melampau selepas dia dilihat masih tidak berpuas hati.

Manakala, pengadil perlawanan terus keluar daripada padang sambil diiringi rakannya yang lain kerana mengalami kecederaan di bahagian muka.

Selepas insiden terbabit, perlawanan itu terpaksa dihentikan dan pihak penganjur memberikan kemenangan percuma kepada pihak lawan iaitu Pirates FC.

Tidak mendiamkan diri, pihak pengurusan UKAY Positive FC turut mengeluarkan kenyataan memohon maaf atas insiden kekasaran yang berlaku terhadap pengadil.

“Kelab Bola Sepak Ukay Positive atau singkatannya Ukay Positive FC akur dan menerima tindakan penganjur Footy Premier League untuk memberikan kemenangan kepada pihak lawan, FC Pirates pada perlawanan FPL 2024 Minggu ke-4 (11 Jun 2024).

“Kami memohon maaf atas insiden kekasaran daripada pemain kami ke atas pengadil perlawanan dan menyerahkan segala keputusan kepada pihak penganjur untuk mengambil tindakan.

“Sebagai sebuah kelab yang berdaftar, kami menekankan aspek disiplin dan ‘fair play’ dalam permainan. Kejadian malam tadi (Selasa) amat memalukan dan amat dikesali.

“Sekali lagi kami memohon maaf kepada pihak-pihak yang terkesan oleh tindakan luar kawalan salah seorang daripada pemain kami dan akan memastikan kejadian buruk seperti ini tidak berlaku lagi,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*