“Motosikal rosak… Bapa berjalan lebih 3 jam dari Beranang ke Kajang cari makanan untuk isteri, anak

Seorang bapa sanggup berjalan dari rumahnya di Beranang ke Taman Jasmin di Kajang semata-mata mahu mendapatkan bantuan makanan untuk isteri dan anak-anak.

Kisah tersebut dikongsikan oleh Facebook Nasi Kukus Kak Chiq selepas peniaga makanan itu menerima mesej pada aplikasi WhatsApps daripada lelaki itu sama ada mereka mempunyai lebihan lauk untuk disedekahkan kepada tiga anaknya.

“Kisah pagi ini. Datang dari Beranang ke Kajang hanya dengan jalan kaki. Semalam abang ni ada WhatsApp bertanya jika ada lebihan lauk boleh ke sedekah untuk anak-anaknya (tiga orang). Tapi semalam pukul 4 petang kami dah tutup.

“Kami cakap kalau nak, datang hari ni. Maka dia datang pagi ni dari Beranang ke Tasmin Jasmin Kajang. Bertolak awal dari pukul 7 pagi. Duk fikir awalnya dia nak datang.

“Rupanya sebab dia datang jalan kaki ye. Sampai kat kami, baju dia habis dah lenjun berpeluh,” katanya.

Dalam pada itu, lelaki tersebut memaklumkan telah kehilangan punca pendapatan disebabkan motosikalnya rosak.

“Minggu depan baru siap. Tapi dalam menunggu, dia tiada duit untuk meneruskan kelangsungan hidup bersama isteri dan anak-anak.

“Jadi kami ada bagi sedikit barang keperluan sementara motosikal siap dan masuk kerja baharu. Nak balik kami tempahkan Grab, tak gamak nak suruh dia balik jalan kaki lagi sekali. Semoga dipermudahkan urusan abang ni,” katanya.

Orang ramai turut bersimpati selain mendoakan lelaki tersebut dipermudah urusannya dalam mencari rezeki sebagai ketua keluarga.

Sementara itu, semakan pada Google Map mendapati jarak perjalanan antara Beranang ke Taman Jasmin kira-kira 16 kilometer dan sekiranya berjalan, ia mengambil masa sekitar tiga jam 34 minit.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*