“Sudah berlaku bertahun-tahun, mustahil tidak tahu… Ketua jabatan tidak naik pangkat jika tidak lapor rasuah

Semua ketua jabatan dalam perkhidmatan awam tidak akan dinaikkan pangkat sekiranya mereka tahu tetapi tidak melaporkan sebarang kegiatan rasuah atau salah guna kuasa di bawah jabatan masing-masing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mengarahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali bagi membuat satu ketetapan agar setiap ketua jabatan harus melaporkan perbuatan salah laku dalam jabatan.

“Kalau dalam jabatan itu nampak terang ada salah laku, kenapa ketua jabatan tak lapor? Mengapa ketua unit tidak tahu? Amalan ini sudah berlaku bertahun-tahun, mustahil tidak diketahui.

“Dalam keputusan kita dalam pelarasan gaji kita tetapkan seorang ketua jabatan atau ketua unit tak akan diberikan kenaikan pangkat sekiranya tahu di bawahnya sistem itu bobrok dan tidak diizinkan dilaporkan terus,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*