“Kasihan kau dik, jadi barang lampias nafsu… Pelajar kesal ditipu pensyarah janji bagi result cemerlang setelah serah tubuh

SIAPA sangka ada anak muda sanggup menggadai maruah demi mendapatkan apa yang dihajati, tidak terhadap kepada kemewahan semata-mata.

Begitulah pengakuan seorang pelajar perempuan di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang mendakwa mempunyai hubungan sulit dengan pensyarahnya.

Pelajar berusia 22 tahun itu mendakwa, dia memilih melakukannya dengan harapan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.

Tanpa mendedahkan identiti pensyarah dan lokasi universiti, gadis berkenaan memaklumkan perkara tersebut berlaku pada semester lalu.

Dia berkata, pensyarahnya yang berjanji untuk memberi keputusan yang cemerlang itu sudah berumah tangga.

“Semester lepas aku ada hubungan intim dengan pensyarah aku. Dia suami orang, ada tiga anak.

“Dia janji nak bagi carry mark (markah terkumpul) tinggi dan bagi A untuk subjek Calculus,” katanya menerusi satu pendedahan di laman X.

Bagaimanapun, janji pensyarahnya hanya tinggal janji kerana dia tidak mendapat keputusan seperti mana yang dikatakan selepas menduduki peperiksaan semester lalu.

Lebih mengejutkan apabila dia gagal dalam subjek tersebut.

“End up dia gagalkan aku,” luahnya kecewa.

Susulan itu, dia berhasrat untuk membuat aduan kepada pihak universiti, namun tidak berani berbuat demikian.

“Aku nak report kat universiti, tapi takut kantoi,” ujarnya yang buntu dengan nasib yang dialaminya itu.

Di ruangan ciapan balas, rata-rata netizen terkejut dengan tindakan pelajar itu yang sanggup menjual harga diri demi memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang.

“Dia dah jahanamkan body kau, dalam masa sama, dia jahanamkan juga CGPA (purata nilai gred kumulatif) kau. Kasihan kau, jadi barang lampias nafsu.

“Pensyarah tu juga yang untung. Bini ada, kau pun dia dapat bedal.

“Gagal Calculus tu boleh repeat dik. Maruah kalau gagal dijaga, tak dapat balik. Berusaha atas usaha sendiri, jangan ambil jalan singkat,” ujar netizen.

Selain itu, segelintir netizen turut mendakwa terdapat sebab pensyarah itu tidak menunaikan janji, kerana mempunyai agenda tersendiri untuk melampiaskan nafsunya.

“Dia bagi gagal supaya nanti kau ‘repeat paper’ (menduduki semula peperiksaan) dengan dia (mengikuti kelasnya). Boleh dia ugut kau untuk seks lagi. Nampak tak permainan dia?

“Kalau lulus, dia dah tak ajar kau dah. Melepaslah dia. Kalau gagal, paling-paling dia ada dua semester lagi dapat nak ‘mendayung’. Semester kali ni confirm gagal lagi paper tu,” komen beberapa netizen.

Sebagai peringatan, perbuatan berzina adalah haram dalam Islam, maka semua pihak harus menjauhinya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*