{VIDEO} Baru 12 bulan berkahwin, wanita maut dibunuh suami sendiri

Baru 12 bulan berkahwin, wanita maut dibunuh suami sendiri.  Seorang wanita maut selepas dipercayai dibunuh oleh suaminya sendiri pada Sabtu.

Melalui perkongsian laman media sosial X (Twitter), @update11111, kejadian itu berlaku di sebuah flat yang berlokasi di Pelabuhan Klang, Selangor.

“Kejadian di Port Klang, Selangor. Suami bunuh isteri sendiri pagi tadi (Sabtu). Pasangan baru berkahwin setahun yang lalu dan mempunyai seorang anak berumur tiga bulan,” ciapnya.

{VIDEO} Baru 12 bulan berkahwin, wanita maut dibunuh suami sendiri
Tangkap layar memaparkan sepasukan anggota polis membawa masuk mayat mangsa ke dalam sebuah trak polis.

Pentadbir laman X berkenaan turut memuat naik satu video menunjukkan sepasukan anggota polis membawa masuk mayat mangsa ke dalam sebuah trak polis.

Difahamkan, video tersebut dirakam oleh salah seorang penduduk di kawasan flat tersebut.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*