Siap video call tunjuk wanita tidur di sebelah, penumpang bas warga asing dikecam ramai

Tidak dinafikan, masih ramai yang akan menaiki bas untuk pergi ke mana-mana

Ada yang menaiki bas untuk pulang ke kampung dan sebagainya. Kenderaan sebegini bukan saja mudah, ia juga menjimatkan tenaga sebab tak perlu memandu berjam-jam.

Namun, keselamatan dalam bas menjadi salah satu faktor penumpang perlu ambil kira. Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan perangai jelik seorang warga asing.

Dakwa warga asing video call kawan sambil tunjuk perempuan tidur di sebelah

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang warga asing yang diyakini warga Bangladesh sedang menaiki bas menuju ke Pulau Pinang.

Turut baca :

Di sebelah lelaki itu, ada seorang perempuan yang tidur. Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila warga asing itu mengambil kesempatan video call kawannya sambil menunjukkan perempuan Melayu itu.

Lelaki itu siap tunjuk ‘good’ kepada kawannya melalui video call.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*