Polis ‘pecah kepala’ siasat van tersangkut pada pokok. Polis Singapura sedang menyiasat kemalangan yang menyebabkan sebuah van tersangkut pada sebatang pokok di Lebuh Raya Taman Pantai Timur (ECP) kelmarin, lapor portal berita Stomp.
Polis berkata, pihaknya dimaklumkan tentang kemalangan itu pada pukul 7.50 malam (waktu tempatan).
Kenderaan itu dipercayai terbabas di laluan ECP menghala ke Lebuh Raya Pantai Marina, tambah polis.
“Pemandu van yang merupakan seorang lelaki berusia 50 tahun dibawa dalam keadaan sedar ke hospital,” kata pihak berkuasa.
Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura, lelaki itu dihantar ke Hospital Besar Changi.
Foto disiarkan di media sosial menunjukkan sebuah van tersangkut menegak pada pokok dengan bahagian hadapan menghadap ke tanah.
Baca juga :
- Buat kerja tak ‘clean’, kantoi gambar kahwin ada di Instagram – Wanita ‘direct message’ isteri mutawif cerita perangai suami sebenar
- {VIDEO} Cubaan rompak trak kargo gagal, penjenayah putus kepala selepas motosikal dinaiki langgar pengadang jalan
- {VIDEO} “Lapor je terus tak payah buat kecoh… Wanita mabuk ‘dibuli’ lepas kemalangan di Dataran Merdeka cetus kekecohan ramai
Leave a Reply